“Harta Karun yang Tersorok”

Saya mahu menawarkan anda harta karun yang tersorok. Ia tertanam di tengah-tengah kesibukan hidup anda. Ia dilindungi isyarat bersilang dunia yang sibuk, tetapi apabila kita melihatnya secara jelas buat pertama kalinya, nilainya tidak dapat dipersoalkan.

Setiap manusia dipenuhi dosa dan kerosakan akhlak. Meskipun orang yang telah mempelajari cara mendisiplinkan diri dan pengorbanan diri tidak dapat membebaskan diri daripada ikatan dosa. Ia adalah sebahagian daripada DNA rohani kita sejak lahir. Namun, Allah telah menuliskan draf cerita khusus untuk anda.

Barangkali cerita anda termasuk bab ringkas di mana anda menghabiskan beberapa hari membaca pelan renungan Alkitab pada telefon anda dan menemui kasih Allah buat pertama kalinya. Apa sahaja cerita anda, sama ada anda berada pada draf yang pertama ataupun yang ke-50, Allah tidak henti-henti.

Anak Allah, Yesus, tetap berkeras tentang membebaskan anda daripada ikatan dosa sehingga Dia menjadi dosa dan dihukum mati demi memenuhi hukuman terhadap hidup anda. Tetapi anda perlu menyambung cerita di sana. Ia adalah pilihan anda sama ada cerita anda diterbitkan atau dibuang. Pertimbangkan kosnya, tetapi pertimbangkan juga nilai perdagangan itu. Jika anda sudah bersedia untuk mengambil langkah seterusnya, ucapkan doa ini kepada Allah pada hari ini.

Doa
Allah, kini saya sedar bahawa Engkau telah mengejar saya sepanjang hidup saya. Sekarang saya dapat melihat dengan jelas betapa banyaknya Engkau mengasihi saya, dan saya bersedia untuk mengorbankan segala sesuatu untuk mengikut-Mu. Ampunkan dosa saya. Perbaharui saya. Jadilah Penyelamat saya. Amin.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: