“Peningkatan Perbelanjaan”

Dalam fasal 13 kitab Matius, Yesus mengongsikan satu perumpamaan satu ayat tentang seorang lelaki yang menemui sebidang harta tanah yang tidak dapat ditolak. Entah bagaimana, dia menemui sebidang tanah dengan harta berharga yang terpendam. Menyedari nilainya, dia menyembunyikan harta itu semula, balik ke rumah, menjual segala sesuatu yang dimilikinya dan kembali untuk membeli tanah itu. Harta itu bernilai lebih daripada segala sesuatu yang dimilikinya, maka, dia sanggup melepaskan segala sesuatu untuk membelinya.

Yesus menyambung kisah itu dengan kisah lain tentang seorang pedagang yang telah membeli dan menjual mutiara. Pada suatu hari, dia terjumpa sebutir mutiara yang amat sempurna sehingga dia ingin sangat memilikinya, jadi, dia menjual segala sesuatu milikannya untuk membelinya.

Dua perumpamaan itu hanyalah cerita yang Yesus gunakan untuk menggambarkan ajaran-Nya, tetapi betul-betul terdapat seorang pemuda yang berjumpa-Nya lalu bertanya, “Apakah yang harus saya lakukan supaya diselamatkan?” Dia tidak bersedia untuk jawapan Yesus.

“Pergilah jual segala sesuatu yang kamu miliki, dan berikan wangnya kepada orang miskin. Kemudian marilah, ikutlah Aku.”

Pemuda itu meninggalkan tempat itu dengan susah hati kerana dia sangat kaya. Mengorbankan segala sesuatu yang dimiliki amat menyakitkan. Yesus tidak memerlukan kita untuk mengorbankan harta material demi menjadi murid-Nya, tetapi Dia meminta kita untuk mempertimbangkan kos mengikut-Nya.

Jika anda memutuskan untuk menjadi pengikut Kristus, kehidupan anda akan berubah. Anda akan mengorbankan sesetengah perkara, sesetengah orang, sesetengah tabiat dan sesetengah masa. Orang yang berjaya melakukan itu adalah seperti lelaki dalam perumpamaan Yesus — mereka yang menyedari nilai dalam perdagangan itu dan sanggup mengorbankan segala sesuatu untuk memperolehnya.

Jim Elliot, seorang misionari terkenal ke Ecuador pada tahun 1950-an, berkata, “Seseorang itu tidak bodoh kerana memberikan apa yang tidak dapat disimpan demi memperoleh apa yang tidak akan kehilangan.” Allah menawarkan untuk mengambil anda sebagai anak-Nya, mengampunkan setiap dosa anda dan membenarkan anda untuk hidup selama-lamanya di firdaus. Apa jua yang anda perlu korbankan — ia adalah urus janji yang baik.

Doa
Allah, saya sedar bahawa mengikuti Engkau mungkin melibatkan pengorbanan sesetengah kenikmatan sementara. Bantulah saya untuk memahami betapa banyak saya akan peroleh dengan menyerahkan hidup saya kepada-Mu.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: