“Penipuan yang Terperinci”

Musuh jiwa kita telah melakukan penipuan yang terperinci, yang menjadikan perhambaan semasa kita kelihatan mewah dan kebebasan kita seperti pengorbanan. Adalah sukar untuk membebaskan seseorang yang belum sedar bahawa dia telah diperhambakan. Pertama, selubung pada realiti mereka mesti dibuka supaya mereka dapat ditunjukkan kebenarannya.

Itu adalah cabaran sama yang dihadapi orang Kristian pada masa ini. Kita hidup dalam dunia di mana kepercayaan kita rasa ketinggalan zaman dan kosong. Dunia di sekeliling kita menutup mata kita sehingga kita tidak melihat betapa singkatnya masa kita. Kita membina istana yang rumit di atas dek kapal yang sedang tenggelam, melangkah ke belakang dan mengamati pencapaian yang akan segera ditenggelamkan ombak besar masa yang sejuk.

Anda mungkin tidak rasa seperti seorang hamba. Anda mungkin mendapati Alkitab sukar ditafsirkan dan agama sukar difahami. Namun, terdapat sesuatu di dalam anda yang membuat anda membaca ini. Anda mungkin tidak pernah rasa selesa di gereja, tetapi anda tidak dapat mengetepikan idea bahawa wujudnya kuasa yang lebih besar daripada diri anda di mana-mana yang mengawal semua ini.

Debak debuk.

Debak debuk. Debak debuk.

Hati anda berdebak-debuk. Anda merasakannya, tetapi anda tidak melihatnya. Di sanalah kedudukan anda dengan Allah sekarang. Anda merasakan sesuatu, tetapi anda tidak memiliki konteks untuk mentafsirkannya.

Apabila Yesus mengajar di rumah ibadat kampung-Nya, Dia diserahkan gulungan naskhah nubuatan Yesaya. Dia membaca petikan tentang pembebasan orang tawanan dan pemulihan orang yang hancur hati. Setelah selesai membacanya, Dia berkata, “Pada hari ini ayat-ayat Alkitab ini sudah berlaku pada masa kamu mendengarnya.” Pada dasarnya, Dia memberitahu semua orang bahawa Dia telah datang untuk membebaskan orang.

Misi-Nya tidak berubah pada masa kini. Jika terdapat desakan berterusan pada fikiran anda atau keresahan yang mendalam, terus membaca. Pengharapan saya adalah mata anda akan dibuka kepada realiti sebenar di sekeliling anda, dan agar anda melihat Yesus yang sebenar… Penyelamat anda.

Doa
Allah, saya ingin melihat Engkau dalam cara yang baru. Berikan saya kebijaksanaan untuk melihat menerusi penipuan kepada keadaan sebenar saya. Tanpa menghiraukan pengalaman lepas saya dengan agama dan iman, saya mahu mengenali Engkau yang sebeanr.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: