“Kerja dalam Proses”

Penulis kitab Ibrani mengatakan bahawa iman kita bergantung kepada Yesus dari permulaan sehingga akhir. Dia sentiasanya pemburu, dan kita adalah tumpuan pemburuan-Nya. Dia bukan sahaja memburu kita, malah menuliskan kisah keselamatan kita. Seperti cebisan kertas atas lantai penulis fiksyen, sesetengah cerita perlu dibuang dan tidak dialami. Namun Yesus adalah prolifik, dan Dia bersifat menyeluruh dalam tugas-Nya. Terdapat kisah keselamatan untuk setiap orang.

Dia sudah menuliskan draf kisah anda, walaupun bahagian yang belum terjadi lagi. Ia adalah lebih daripada satu kisah. Anda boleh memikirkannya sebagai cetakan biru, jadual perjalanan, atau rancangan — rancangan Allah — untuk anda. Saya kerap mendengarnya sehingga ia kedengaran palsu.

“Allah mempunyai rancangan untuk hidup anda.”

Namun, Dia memang mempunyainya. Saya tidak tahu segala sesuatu yang terkandung dalam rancangan anda, tetapi saya tahu ia mengandungi suatu waktu di mana anda memilih untuk menerima pengampunan Allah dan menjadi seorang pengikut Kristus. Jika itu adalah suatu waktu yang belum berlaku lagi, anda memiliki satu pilihan.

Penulis fiksyen kerap menulis bab-bab lengkap yang tidak dimasukkan dalam draf terakhir. Ada kalanya, seorang penulis akan menulis versi alternatif untuk sesuatu bab. Hanya satu bab akan dimasukkan dalam buku yang diterbitkan.

Terdapat versi alternatif kepada kisah anda di atas meja Allah, dan Dia sedang menunggu anda untuk melihat versi mana yang dimasukkan dalam versi kehidupan anda yang “diterbitkan”. Dialah permulaan iman anda, tetapi jugalah penyudahnya. Dalam Alkitab, kita membaca “Allah, yang sudah memulakan pekerjaan yang baik pada diri kamu, akan meneruskannya sehingga selesai.”

Ia kelihatan aneh bahawa Allah yang mengetahui segala sesuatu menunggu anda untuk memutuskan kisahnya, tetapi itulah kerapuhan dunia yang didiami kita. Perkara yang dahsyat berlaku setiap hari kerana Allah telah memberikan manusia kuasa memilih. Kita boleh memilih kejahatan atau kebaikan, bertindak atau berdiam. Pada asasnya, Allah sudah tahu pilihan anda, tetapi itu tidak menjejaskan keupayaan anda untuk memilih.

Bagaimanakah kisah anda akan berakhir? Adakah terdapat bab di mana anda menemui pengampunan, kedamaian dan sukacita yang menantikan anda? Ataupun, adakah ia akan berakhir dengan ironi menyedihkan akan kesedaran bahawa keselamatan adalah dalam jangkauan anda tetapi anda berasa keberatan untuk mencapai kegelapan dan mengambil risiko kelihatan bodoh?

Doa
Allah, berikan saya keberanian untuk menjangkau Engkau. Bantulah saya untuk menggunakan pilihan yang Engkau berikan dengan bijak. Saya mahu menjalankan versi terbaik kisah untuk hidup saya.



Categories: Bahasa Malaysia, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: